jump to navigation

1. Persediaan

Perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan menghadapi temuduga bolehlah dibahagikan kepada:

  1. Persediaan dokumen
  2. Persediaan resume
  3. Persediaan mental
    • Menyelidik latar belakang syarikat
    • Memahami  kerja yang dipohon
    • Menghayati tugas

Persediaan dokumen

Dokumen-dokumen penting yang biasanya diperlukan dalam sesuatu temuduga ialah KP, sijil lahir, sijil kewarganegaraan (jika berkaitan), sijil-sijil akademik, spt SPM, STPM, diploma dan ijazah, serta sijil-sijil kokurikulum. Cuba teliti iklan. Ada kalanya majikan meminta calon menyediakan salinan fotostat juga. Selain daripada itu resume anda perlu juga disediakan.

Dokumen yang disebutkan di atas hendaklah disediakan di dalam satu clear folder. Saya pasti anda tahu apa itu clear folder? Beli satu di kedai buku. Ia boleh diguna lama. Kalau boleh beli yang barulah. Halaman pertama biarkan kosong. Sebab kita akan letak covering page (cetak komputer) yang menyatakan nama anda, no. KP, alamat, no. HP, dan jawatan yang dipohon. Bila temuduga kerja lain pula minggu depan atau bulan depan, buat pulak covering letter lain. Haa.. kan smart tu. Barulah presentation ada kelas sikit.

OK, dokumen dalam clear folder tu susunlah seperti berikut:

  1. KP
  2. sijil lahir
  3. sijil kewarganegaraan (jika berkaitan)
  4. sijil PMR (jika berkaitan)
  5. sijil SPM
  6. sijil STPM
  7. diploma
  8. ijazah
  9. sijil kokurikulum (sejak tingkatan 4)
  10. sijil-sijil lain
  11. surat-surat sokongan

 Akan tetapi, kalau iklan ada menyatakan susunan cara lain, maka kena ikut arahan iklanlah.

1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.

Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :

Guru-guru kerjaya di sekolah

Kaunselor kerjaya dan penempatan

Pegawai Bimbingan Kerjaya di Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia

Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon

Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan

Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan

1. Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

2. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantansan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

3. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

4. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

5. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.

6. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu.

7. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

8. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

9. Sediakan nama dan lain butir mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

 

Komentar»

1. Nevetty Kitingon - April 16, 2013

Nak tanya… No.sijil warganegara tu apa?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: