jump to navigation

2. Penampilan

Ini satu soalan yang baik. Penampilan diri. Ya, First Impression ! Baiklah, saya akan cuba terangkan dari segi berpakaian, rambut, kasut, kehadiran dan tingkahlaku anda. Sebab pada hari temuduga, sudah tentu panel penemuduga akan memerhati anda dari A sampai Z.

  1. Mula-mula soal pakaian. Pakaian mesti SESUAI, KEMAS, BERSIH.
    • Macam mana kita kata pakaian sesuai ? Kalau nak mohon jawatan kerja  dalam pejabat, maka pakailah tali leher kalau calon lelaki. Kalau nak mohon jawatan pegawai, mestilah bertali leher, pakai kot atau blazer. Jangan pula mohon kerja nak jadi guru, datang temuduga pakai T-shirt yang ada logo Hard Rock Cafe. Kalau nak mohon kerja sebagai DJ kat pasaraya bolehlah berpakaian macam tu kan ! Kalau calon perempuan, pakailah baju kurung. Semua, tak kira Melayu, Cina atau India. Baju fesyen tak mau. Warna pula mestilah jangan terlalu garang. Warna yang gelap sangat pun, nanti nampak macam sudah berusia sangat.
    • Kemas. Macam mana kita kata kemas. Ada calon datang temuduga pakai baju baru. Baru beli pagi tadi. Bau kedai pun ada lagi. Keluarkan baju dari bungkusan terus pakai dan datang temuduga. Ada pula calon yang pakai baju lama. Dah setahun beli. Tapi baju ini diseterika licin. Yang mana agaknya lebih kemas? Saya pasti anda tahu jawapannya. Tetapi untuk pengetahuan semua, ada calon guru KPLI yang saya temuduga yang berpakaian sperti di atas. Bayangkanlah. Sudah ada ijazah sarjana muda. Nak minta jadi guru. Bila saya tanya kenapa baju macam tu, dia kata dia tak ada baju lengan panjang, jadi baru beli pagi tadi. Agak-agak anda semualah, saya pilih atau tidak calon ini? Anda pun tahulah apa jawapannya.
    • Bersih. Ini satu perkara lagi yang berkaitan baju baru dengan baju lama. Tak kira baru ke lama ke, pastikan bersih. Kecualilah anda kurang bernasib baik pada pagi tu.. sedang tunggu bas, bila bas sampai, tayar masuk lopak berair dan baju anda disiram air berlumpur. Kalau gitu cakapkan kepada penemuduga.
  2. Kedua, tentang hiasan wanita. Janganlah pakai aksesori macam nak pi rumah kenduri. Pakai yang sederhana. Bergincu dan berbedak pun sederhana dan warna tu sesuaikan dengan pakaian. Dan bagi lelaki tak payahlah pakai subang telinga, hidung, bercelak… jangan ketawa…kaum lelaki diharamkan berpakaian seperti wanita. jadi yang bersubang tu ketahuilah itu haram!
  3. Ketiga, kasut. Pakailah kasut kulit. Bagi calon perempuan, kasut bertutup. Elakkan kasut kanvas, kasut sukan atau selipar. Kalau tak mampu kasut kulit belilah kasut yang nampak macam kulit (kasut pvc).
  4. Keempat, rambut. Rambut mesti pendek bagi calon lelaki. Bersikat rapi. Jangan pulak pakai gel dan disikat berceracak ke atas macam iklan dalam tv. Bagi calon perempuan yang tak pakai tudung, janganlah dibiarkan rambut macam model iklan syampu kat tv pulak. Kemaskan.
  5. Kelima, kehadiran. Hadirkan diri anda 20 minit lebih awal dari masa temuduga. Jangan sampai ngam ngam dan tercungap-cungap keletihan sebab terpaksa berlari dari perhentian bas. Kalau anda sampai awal, bolehlah menenangkan diri dan memerhatikan arahan-arahan terakhir yang dipaparkan di luar bilik temuduga.
  6. Akhir sekali tingkahlaku anda. Jangan pulak bila dah sampai awal anda dok komen, perli-perli kawan yang datang lewat. Ke sana kemari macam ayam jaguh. Ingat ada orang memerhatikan anda. Duduk di kerusi yang disediakan dengan tertib dan tunggu nama anda di panggil. Dan bila tiba giliran anda dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gementar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin. Dan, sudah pasti jangan lupa dokumen-dokumen anda !!

SELAMAT MAJU JAYA.

Cik Gu AA.

Komen-komen»

1. яyυ kyσsυkє (@Ryosuke_JDM) - Mac 18, 2012

macam mana pulak kalau kat dagu ada luka dan berparut?
selalunya kalau saya nak keluar rumah, saya lekatkan plaster jer. Ye la, muka ada luka dan berparut kan. Tak nak la org tgk2 kt saya.. masalah ini telah membuatkan saya kurang keyakinan diri bersekemuka dgn org apatah lagi temuduga .. tq😉

2. Norma Suffian - Jun 19, 2012

sy teringin sgt nk jd model. tp rupa sy xberapa cantik sgt.tpi tinggi sy ckup tinggi jga lh.klu nk ambil sy jd model coll sy k.0173561040


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: